Jumaat, 21 Oktober 2011

MARI BUAT PAPAN NAMA TUMBUHAN




Bahan-bahannya ialah Papan Akrilik, spray, pembaris, pisau pemotong plastik(warna kuning dan biru) pisau Nt Cutter, gam dan nama tumbuhan hiasan yang telah diprintkan.






Potong papan akrilik mengikut saiz yang dikehendaki.






Tampalkan nama tumbuhan pada papan akrilik secara terbalik.






Potong nama tumbuhan tersebut mengikut garisan dan tanggalkan pelekat pada papan akrilik.



Semburkan dahulu huruf @ nama tumbuhan hiasan dahulu.



Selepas nama tersebut kering....tanggalkan keseluruhan pelekat pada papan akrilik dan mulakan semburan latarnya .



*Pastikan warna huruf dan latar yang sesuai agar huruf tersebut akan kelihatan timbul.


Seterusnya , tebuk lubang pada papan akrilik dan skrukannya pada kayu.





Papan tanda nama tumbuhan yang telah siap diletakan di samping tumbuhannya.

(PAPAN AKRILIK- Papan plastik lutsinar yang kedua-dua belah mukanya ditampal dengan pelekat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan