Rabu, 30 November 2011

ALATAN PERKEBUNAN

Alatan perkebunan diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja menyemai , menanam dan menjaga tumbuhan hiasan.


Isnin, 28 November 2011

MEDIUM

Apa itu MEDIUM?

MEDIUM ialah bahan yang digunakan untuk menyemai biji benih dan menanam pokok.

3 bahan utama dalam penyediaan medium

1. Tanah Loam - tanah biasa yang mengandungi tanah liat atau tanah kebun
2. Bahan Organik - bahan yang terdiri daripada campuran kompos dan najis haiwan yang reput dan kering
3. Pasir Sungai - pasir dari sungai yang mempunyai tekstur yang kasar.

Kegunaan

1. Tanah loam - menegapkan dan mengukuhkan anak pokok
2. Bahan Organik - membekalkan sumber nutrien pada pokok
3. Pasir Sungai - memudahkan air mengalir dan udara beredar dalam medium

Penyediaan Medium Semaian dan Penanaman

Langkah

1. Sediakan alatan tangan dan bahan membuat campuran medium
2. Tapis bahan untuk mengasingkan ketulan batu, tanah dan rumput
3. Sukat bahan medium itu tadi menggunakan tin atau baldi mengikut kadar atau nisbah yang betul.

Jika kita ingin menghasilkan

Medium Semaian

1. Kita perlulah mencampurkan ketiga-tiga bahan (tanah loam: bahan organik :pasir sungai )



2 Nisbah campuran ialah 2 : 1 : 1
3. Gaulkan ketiga- tiga bahan medium itu tadi sehingga sebati.


(JOHN INNES yang telah memperkenalkan nisbah campuran medium semaian ini )


Medium Penanaman

1. Nisbah campuran ialah
3 : 2 : 2
2. Gaulkan ketiga -tiga bahan medium itu tadi sehingga sebati.