Sabtu, 10 Disember 2011

SILANG KATA

CARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

Tanah loam / Pasir sungai / Bahan organik / Celosia / Zinnia/ Pencakar / Sekateur / Menyiram/ Menggembur / Membaja

Rabu, 30 November 2011

ALATAN PERKEBUNAN

Alatan perkebunan diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja menyemai , menanam dan menjaga tumbuhan hiasan.


Isnin, 28 November 2011

MEDIUM

Apa itu MEDIUM?

MEDIUM ialah bahan yang digunakan untuk menyemai biji benih dan menanam pokok.

3 bahan utama dalam penyediaan medium

1. Tanah Loam - tanah biasa yang mengandungi tanah liat atau tanah kebun
2. Bahan Organik - bahan yang terdiri daripada campuran kompos dan najis haiwan yang reput dan kering
3. Pasir Sungai - pasir dari sungai yang mempunyai tekstur yang kasar.

Kegunaan

1. Tanah loam - menegapkan dan mengukuhkan anak pokok
2. Bahan Organik - membekalkan sumber nutrien pada pokok
3. Pasir Sungai - memudahkan air mengalir dan udara beredar dalam medium

Penyediaan Medium Semaian dan Penanaman

Langkah

1. Sediakan alatan tangan dan bahan membuat campuran medium
2. Tapis bahan untuk mengasingkan ketulan batu, tanah dan rumput
3. Sukat bahan medium itu tadi menggunakan tin atau baldi mengikut kadar atau nisbah yang betul.

Jika kita ingin menghasilkan

Medium Semaian

1. Kita perlulah mencampurkan ketiga-tiga bahan (tanah loam: bahan organik :pasir sungai )



2 Nisbah campuran ialah 2 : 1 : 1
3. Gaulkan ketiga- tiga bahan medium itu tadi sehingga sebati.


(JOHN INNES yang telah memperkenalkan nisbah campuran medium semaian ini )


Medium Penanaman

1. Nisbah campuran ialah
3 : 2 : 2
2. Gaulkan ketiga -tiga bahan medium itu tadi sehingga sebati.

Jumaat, 21 Oktober 2011

MARI BUAT PAPAN NAMA TUMBUHAN




Bahan-bahannya ialah Papan Akrilik, spray, pembaris, pisau pemotong plastik(warna kuning dan biru) pisau Nt Cutter, gam dan nama tumbuhan hiasan yang telah diprintkan.






Potong papan akrilik mengikut saiz yang dikehendaki.






Tampalkan nama tumbuhan pada papan akrilik secara terbalik.






Potong nama tumbuhan tersebut mengikut garisan dan tanggalkan pelekat pada papan akrilik.



Semburkan dahulu huruf @ nama tumbuhan hiasan dahulu.



Selepas nama tersebut kering....tanggalkan keseluruhan pelekat pada papan akrilik dan mulakan semburan latarnya .



*Pastikan warna huruf dan latar yang sesuai agar huruf tersebut akan kelihatan timbul.


Seterusnya , tebuk lubang pada papan akrilik dan skrukannya pada kayu.





Papan tanda nama tumbuhan yang telah siap diletakan di samping tumbuhannya.

(PAPAN AKRILIK- Papan plastik lutsinar yang kedua-dua belah mukanya ditampal dengan pelekat)

Selasa, 4 Oktober 2011

Sabtu, 24 September 2011

Apa itu tanaman hiasan?

Tanaman Hiasan ialah tanaman yang ditanam bagi mewujudkan suasana yang cantik dan indah bagi sesuatu kawasan seperti di kediaman, sekolah, pejabat dan taman. Tanaman hiasan boleh ditanam di dalam pasu atau terus di atas tanah.







Keindahan sesuatu kawasan terserlah dengan adanya tumbuhan hiasan.

SELAMAT DATANG

Asalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah kerana telah diberikan satu tugasan iaitu membangunkan satu blog yang dapat memberikan munafaat kepada semua terutama sekali dalam bidang pendidikan. Justeru itu saya telah memilih tumbuhan hiasan sebagai topik yang dapat membantu para pelajar dan rakan-rakan untuk mendapatkan maklumat. Ini juga selari dengan Program Melastarikan Sekolah yang telah dijalankan di SKAM